Thursday, October 28, 2010

SKEMA KERTAS 2 PERCUBAAN KELANTAN

Percubaan SPM Negeri Kelantan 2010
Skema kertas 2



1(a) Nyatakan dua syarat Perjanjian Hudaibiyah?

F1 Gencatan senjata selama 10 tahun
F2 Kabilah arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraish Mekah
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
F4 Orang Quraish Mekah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)
[mana-mana 2x1m]

1(b) Nyatakan sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.
F1 Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.
F2 Tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.
F3 Membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam.
F4 Strategi jangka panjang penyebaran Islam
[mana-mana 2x1m]

1(c) Mengapakah kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?
F1 Pengislaman aI-Abbas dan Abu Sufian
F2 Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w
F3 Bilangan tentera Islam yang ramai
F4 Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan.
F5 Menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F6 Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi.
[mana-mana 2x1m]

1(d) Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
F1 Terpelihara daripada penyembahan berhala
F2 Dijadikan sebagai kota suci umat Islam.
F3 Menjadi tumpuan umat Islam dan seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji.
F4 Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
F5 Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah
begitu kukuh
F6 Menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab secara aman.
F7 Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah.
F8 Menjadi wilayah Islam yang baru
[mana-mana 2x1m]

1(e) Sekiranya anda berada semasa pembukaan semula kota Makkah , apakah ketokohan nabi yang boleh diteladani
F1 Sifat pemaaf / pengampun
F2 Berwibawa
F3 Kebijaksanaan mengatur strategi
F4 Tidak membalas dendam
[mana-mana yang munasabah]

[mana-mana 2x1m]
KOD HURAIAN
2(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan imigran ke Tanah Melayu
F1 Pembangunan sektor pertanian
F2 Kemajuan sektor perlombongan
F3 Kekurangan tenaga buruh
F4 Galakan British
F5 Tidak ditentang oleh orang Melayu
F6 Kestabilan politik di Tanah Melayu
F7 Hubungan tradisi dengan India
F8 Faktor penolak Negara asal (politik/rampasan kuasa /ekonomi/miskin
sosial/kemarau/banjir )

[mana-mana 2x1m]

1(b) Nyatakan dua cara kemasukan buruh dari China
F1 Sistem tiket kredit
F2 Sistem pengambilan kakitangan
F3 Sistem pengambilan rumah kongsi
F4 Kemasukan secara berkumpulan
[mana-mana 2x1m]

1(c) Nyatakan dua cara kemasukan buruh dari India
F1 Sistem kontrak
F2 Sistem kangani
F3 Sistem buruh bebas
[mana-mana 2x1m]

1(d) Bagaimanakah British menangani penindasan terhadap kemasukan imigran beramai-ramai dari China dan India?
F1 Mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari Cina
F2 Meluluskan undang-undang memperbaiki pengambilan buruh.
F3 Menghapuskan sistem tiket kredit
F4 Memperkenalkan sistem pengambilan kakitangan/ rumah kongsi
F5 Menghapuskan sistem kontrak
F6 Memperkenalkan sistem kangani
F7 Menguatkuasakan Undang-Undang Tabung Imigresen India.
[mana-mana 2x1m]

1(e) Sekiranya anda menjadi pemimpin , apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan negara daripada terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing ?
F1 Kuat kuasa undang-undang
F2 Denda ke atas majikan
F3 Memberi gaji yang tinggi kepada buruh tempatan
F4 Memberi latihan/ kemahiran kepada buruh tempatan
[Mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 2x1m]








KOD HURAIAN
3(a) Namakan tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Thailand
F1 Nai Pridi Panomyong
F2 Field Marshall Phibul Songram
[mana-mana 1x1m]

3(b) Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand
F1 Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2 Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
F3 Perkembangan sistem pendidikan Barat
F4 Golongan intelek didedahkan kepada fahaman liberal
F5 Perkembangan sistem demokrasi
F6 Pengetahuan mengenai raja berperlembagaan
F7 Kelemahan sistem pentadbiran
F8 Sikap boros Raja Vajiravudh
[mana-mana 2x1m]

3(c) Apakah kesan gerakan nasionalisme tahap pertama tersebut ?
F1 Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong / Field Marshall Phibul Songram
F2 Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thailand
F3 Tamat sistem raja berkuasa mutlak
[mana-mana 1x1m]

3(d) Jelaskan tindakan yang diambil Perdana Menteri Thailand untuk mengatasi rasa tidak puas hati rakyat dalam gerakan nasionalisme tahap kedua
F1 Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F2 Membubarkan sekolah Cina
F3 Membubarkan akhbar Cina
F4 Menggalakkan penduduk pribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F5 Menetapkan jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F6 Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas
F7 Bekerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
F8 Berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu
[mana-mana 3x1m]

3(e) Pada pandangan anda, mengapakah negara Thailand tidak pernah dijajah sehingga kini
F1 Dasar buka pintu/berbaik dengan kuasa Barat
F2 Pemodenan dalam pentadbiran
F4 Memperkenalkan birokrasi Barat
F5
F6

F7 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
Raja Chulalongkorn perkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Penasihat Tertinggi/ Kabinet Menteri
Memperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan

F3 Kerjasama dengan Jepun
[mana-mana jawapan munasabah]
[mana-mana 3x1m]










4(a) Nyatakan tiga langkah yang diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
F1 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
F2 Pelancaran Minggu Bahasa
F3 Melancarkan Bulan Bahasa
F4 Melancarkan slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’
F5 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disemua sekolah menengah
F6 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
F7 Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat
F8 Penubuhan UKM membuktikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
F9 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menengah dan rendah mulai 1982
F10 Bahasa Melayu digunakan di mahkamah pada tahun 1990
[mana-mana 3x1m]

4(b) Apakah prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
F1 Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu
F2 Kebudayaan rakyat asal menjadi tunjang
F3 Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai diterima
F4 Islam sebagai unsur yang terpenting
[mana-mana 2x1m]

4(c) Bagaimanakah sukan dapat mengeratkan perpaduan kaum ?
F1 Penglibatan semua kaum
F2 Membuka peluang seluasnya kepada mereka yang berminat
F3 Sukan dalam kegiatan kokurikulum
F4 Majlis sukan sekolah-sekolah ditubuhkan / di peringkat daerah / negeri / kebangsaan
F5 Mengadakan temasya SUKMA dua tahun sekali
[mana-mana 2x1m]

4(d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan perpaduan kaum kepada sesebuah negara ?
F1 Mewujudkan kestabilan politik
F2 Mengekalkan keamanan negara
F3 Memajukan ekonomi negara
F4 Mengembangkan industri pelancongan
F5 Mewujudkan sikap toleransi
F6 Mengelakkan rusuhan kaum
F7 Semua kaum menerima kebudayaan kaum lain
(Mana-mana jawapan munasabah)
[mana-mana 3x1m]








5(a) Nyatakan tentang proses pembentukan tamadun Indus.
F1 Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
F2 Sungai Indus menyediakan sumber air.
F3 Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
F4 Sungai Indus dapat menyuburkan tanah.
F5 Berlaku peningkatan hasil pertanian.
F6 Pertambahan jumlah penduduk.
F7 Perkembangan bandar.
F8 Dua bandar utama ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
[mana-mana 4x1m]

5(b) Terangkan organisasi sosial masyarakat Indus.
F1 Terbahagi kepada dua golongan
H1a Golongan atasan
C1a pendeta
C1b pedagang
H1b golongan bawahan.
C1c petani
C1d buruh
C1e hamba
F2 Pendeta ialah kelas atasan yang utama.
H2a Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh terutama bidang keagamaan.
F3 Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta.
F4 Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
F5 Petani menjalankan aktiviti pertanian.
H5a Petani menyalurkan sebahagian daripada hasil kepada pihak berkuasa.
F6 Buruh menjalankan kerja perburuhan.
H6a Menjaga kebersihan.
H6b Membina tembok di benteng.
H6c Membina terusan.
[mana-mana 10x1m]

5(c) Jelaskan enam sumbangan tamadun Indus kepada peradaban dunia
F1 Mereka mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian.
F2 Perancangan Bandar
F3 Susunan Bandar berbentuk segi empat
F4 Membina jalanraya yang lurus
F5 Membina sistem kumbahan
F6 Membuat batu bata daripada tanah liat
F7 teknologi pembakaran batu bata pada suhu yang tinggi
F8 Sikap keterbukaan dengan tamadun lain
F9 Membuat hubungan dan bertukar pandangan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F10 Menganjurkan kedamaian dan keamanan.
F11 Masyarakat yang kreatif
[mana-mana 6x1m]





6(a) Mengapakah Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15 ?
F1 Saranan agama Islam / sumber rezeki
F2 Kedudukan Melaka yang strategik / terlindung daripada tiupan angin monsun
F3 Berfungsi sebagai pelabuhan entrepot
F4 Kehadiran ramai pedagang asing
F5 Pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang asing
F6 Pusat pengumpulan rempah ratus
F7 Pentadbiran perdagangan yang licin dan teratur
F8 Jawatan laksamana diwujudkan bagi manjaga urusan kelautan
F9 Jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
F10 Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya.
F11 Terdapatnya paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan oleh para pedagang di Melaka
F12 Bahasa Melayu dijadikan bahasa lingua franca
F13 Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar dengan mengunakan sistem tahil dan kati
F14 Kaedah pertukaran barang
F15 Penggunaan mata wang logam digunakan dalam urusan perdagangan
[mana-mana 6x1m]

6(b) Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu setelah kedatangan Islam
F1 Negeri-negeri Melayu umumnya menggunakan mata wang timah
F2 Melaka menggunakan mata wang timah
H2a Berbentuk bulat
H2b Beratnya ialah satu kati lapan tahil
H2c Tercatat nama sultan yang memerintah
H2d Mempunyai tarikh Islam.
F3 Mata wang dari Pasai / Hormuz / Cambay digunakan di Melaka
H3a Boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan
F4 Wang timah Johor
H4a Dikenali sebagai wang katun
H4b Berbentuk bulat / segi enam
H4c Mempunyai tulisan jawi / Arab
F5 Mata wang timah Kedah
H5a Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin
H5b Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
F6 Mata wang emas Johor
H6a Digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.
H6b Digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 gram) dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 grains (2.6 gram).
F7 Wang emas Kelantan
H7a Dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut
H7b Tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah
H7c Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam
sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin.
F8 Mata wang emas di Kedah.
F9 Pedagang Eropah menggunakan mata wang pera
F10 Pedagang Cina / India/ Arab menggunakan mata wang emas
[mana-mana 10x1m]


6(c) Jelaskan peraturan percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
F1 Para pedagang diwajibkan membayar cukai sebelum urusan perdagangan dilakukan
F2 Cukai tetap /cukai import ditetapkan oleh pemerintah.
F3 Pedagang dari India/ Ceylon/ Tanah Arab /Siam / Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus
F4 Pedagang dari Jepun / China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
F5 Beras dan makanan dikecualikan cukai
F6 Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F7 Orang asing yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
F8 Orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak enam peratus
F9 Golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta
F10 Kutipan zakat disimpan di Baitulmal .
[mana-mana 4x1m]






































7(a) (a) Jelaskan perkembangan persatuan berikut dalam perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu

(i) (i) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
F1 Diasaskan Mohamad Eunos Abdullah/ Tengku Kadir Ali/ Embok Suluh
F2 Didukung oleh mereka yang berpendidikan Inggeris
F3 Bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi orang Melayu Singapura
F4 Menjadi wakil dalam pentadbiran British
F5 Menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
F6 Mendesak kebajikan orang Melayu Singapura diberi perhatian
F7 Memperoleh penempatan khas orang Melayu Singapura
F8 Mendorong kepada penubuhan cawangannya di Melaka/ Pulau Pinang / negeri-negeri Melayu lain
[Mana-mana 5x1m]

(ii) (ii) Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
F1 Diasaskan oleh cerdik pandai Pulau Pinang
F2 Dipimpin oleh S.M Zainal Abidin B.A
F3 Menggalakkan ahli berkenal-kenalan
F4 Bertukar-tukar pendapat
F5 Memajukan diri sendiri dan bangsa
F6 Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan orang Melayu
F7 Mempunyai organisasi yang kemas
F8 Mempunyai perlembagaan sendiri
F9 Tidak bersifat parti politik
F10 Asas kepada perpaduan Melayu
[mana-mana 5x1m]

7(b) (b) Nyatakan matlamat penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dari tahun 1938-1945
Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu
F2 Meningkatkan tahap pendidikan Melayu
F3 Bersifat politik
F4 Menghalau British dari Menyokong Jepun Tanah Melayu
F5 Menyokong Jepun
F6 Menjadi badan propaganda Jepun
F7 Menyediakan kader tentera semut untuk menentang British
F8 Membeli surat khabar Warta Malaya sebagai alat propaganda anti British
F9 Mendesak Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia
F10 Menubuhkan negara Melayu Raya/ Indonesia Raya
[Mana-mana 6x1m]

7(c) Sebagai seorang pelajar , mengapakah anda perlu melibatkan diri dalam persatuan di sekolah ?
F1 Meningkatkan kesedaran semangat kebangsaan
F2 Perpaduan pelbagai bangsa/ kaum
F3 Saluran yang betul untuk bersuara
F4 Toleransi dan tolak ansur dalam menyelesaikan masalah
F5 Menanam sikap bekerjasama
F6 Melatih pelajar mengurus organisasi
F7 Tidak mementingkan diri sendiri
F8 Melatih pelajar menjadi pemimpin
(Mana-mana yang munasabah)
[mana-mana 4x1m]
8(a) Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
F1 Sebagai ketua kerajaan
H1a Mengetuai 3 badan kerajaan
C1a Badan Perundangan / Badan Pelaksana / Badan Kehakiman

F2 Mempunyai kuasa memanggil Parlimen
F3 Mempunyai kuasa membubar Parlimen
F4 Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
F5 Berkuasa mengampun/menangguh hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera

F6 Bertanggungjawab menjaga/memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
H6a Boleh menitah Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat
H6b Membincang keistimewaan/kedudukan/kehormatan/kemuliaan Raja-Raja Melayu

F7 Ketua agama Islam
H7a Bagi negeri baginda sendiri
H7b Bagi negeri Pulau Pinang/Melaka/Sarawak/Sabah/wilayah Persekutuan

F8 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
H8a Mempunyai kuasa untuk melantik/melucutkan jawatan Jemaah Menteri /Timbalan Perdana Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri

F9 Mengisytihar undang-undang darurat
H9a Di bawah Undang-Undang X
H9b Jika keselamatan negara terancam

F10 Melantik Pengerusi dan 3 orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
F11 Melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman
F12 Melantik Pengerusi/Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awa
F13 Melantik Peguam Negara
F14 Melantik Ketua Audit Negara
F15 Mentauliahkan duta-duta negara
[mana-mana 9x1m]

8(b) Nyatakan ciri-ciri dewan tersebut:-
(i) Dewan Negara
F1 Dikenali sebagai Dewan Senat
F2 Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara
F3 Mengandungi 69 orang ahli
F4 Ahli dewan digelar senator
F5 Mewakili setiap negeri
F6 Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
F7 Memegang jawatan untuk tempoh 3 tahun
F8 Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
F9 Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
F10 Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agung
F11 Ahli terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang profesional/perniagaan/perusahaan/pertanian/kesenian/kebajikan/wakil kumpulan minoriti seperti Orang Asli
[mana-mana 4x1m]


(ii) Dewan Rakyat
F1 Ahli dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum
F2 Mengandungi 219 orang ahli
F3 Ahli mewakili kawasan pilihan raya di seluruh negara
F4 Tempoh jawatan ahli ialah lima tahun untuk satu pengga
F5 Tugas utama ahli menggubal/meluluskan undang-undang
F6 Ahli berumur 21 tahun ke atas
F7 Ahli mewakili parti politik / bebas
[mana-mana 4x1m]

8(c) Bagaimanakah cara anda menunjukkan ketaatan kepada raja dan negara
F1 Menghormati lambang-lambang negara
F2 Menghormati/mengamal Rukun Negara
F3 Menghormati keluhuran perlembagaan
F4 Menghormati institusi beraja
F5 Mematuhi undang-undang negara
(Mana-mana jawapan munasabah)
[mana-mana 3x1m]





































9(a) Nyatakan ciri-ciri Negara-negara Selatan
F1 dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga
F2 Mempunyai persamaan latar belakang ekonomi
F3 Pernah dijajah oleh kuasa Barat
F4 Bergantung kepada Negara maju untuk pemasaran bahan mentah
F5 Tidak mempunyai kepakaran memproses bahan mentah
F6 Tidak mempunyai modal
F7 Dikenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman
[mana-mana 4x1m]

9(b) (i) Matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
F1 Mengekalkan keamanan dunia
F2 Tidak menyokong blok barat
F3 Tidak menyokong blok komunis
F4 Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
F5 Menghormati kedaulatan sesebuah negara
F6 Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan / persefahaman
F7 Menghormati hak asasi manusia
(Mana-mana 5 x 1 m)

9(b) (ii)Matlamat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
F1 Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
F2 Bersuara dengan satu nada bagi kepentingan umat Islam
F3 Mengekalkan perdamaian dalam segala sengketa
F4 Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari
F5 Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah
F6 Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju seperti Sudan/ Nigeria/ Chad
F7 Menghantar pasukan perubatan ke Bosnia/ Lubnan/ Afghanistan
F8 Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
F9 Memberi perkhidmatan kewangan kepada semua negara anggota
[Mana-mana 5 x 1 m]

9(c) Jelaskan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Idea penubuhan oleh Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
Menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq
Memberi sokongan kepada rakyat Palestin
dalam perjuangan menentang Israel
Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 / 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam

Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan
(Mana-mana 6 x 1m)




KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment