Friday, October 22, 2010

SOALAN PERCUBAAN PUTRAJAYA

Soalan Percubaan dari Putrajaya tidak jauh berbeza drp soalan-soalan negeri lain.

Contoh Skema jawapan Esei Percubaan Sejarah SPM 2010 Putra Jaya :

Terangkan teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab.
F1 Pendapat John Crawford
H1a Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang.
H1b Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan
Iskandariah di Mesir hingga ke China.
H1c Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai
pusat perniagaan dan petempatan di Canton/Amoy (300M).
H1d Sebelum ke China, mereka singgah di pelabuhan Asia
Tenggara/ di Selat Melaka.
H1e Mereka menunggu perubahan angin monsun.
H1f Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan
perjalanan.
H1g Mereka membina perkampungan.
H1h Perkampungan menjadi tapak berdagang/tempat mengumpul
barang jualan/tempat membeli barang mewah.
H1i Berkahwin dengan penduduk tempatan.
H1j Pedagang berbincang/berinteraksi/berdakwah
dengan pedagang tempatan.
H1k Nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh pendakwah
menarik minat orang tempatan untuk mendalami Islam.
H1l Wujud perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara 650M.

F2 Pendapat Syed Muhammad Naquib al-Attas
H2a Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia
Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
H2b Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil
daripada bahasa Arab.
H2c Adat resam dan kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh
budaya Arab.
H2d Karya tempatan banyak menceritakan pengislaman raja
di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab.
H2e Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa mubaligh/
pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah Syeikh Ismail
H2f Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu/
bergelar Malik al-Salleh.
H2g Raja Pattani Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said.

F3 Bukti Tambahan Kedatangan Islam dari Tanah Arab
H3a Kitab agama/Hikayat Nabi Bercukur yang dikarang dalam
Bahasa Melayu peringkat awal menggunakan bahasa/gaya
penulisan dipengaruhi oleh bahasa Arab.
H3c Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang
oleh ulama tempatan pada peringkat awal.
H3d Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan Hadis
menggunakan bahasa Arab/sumber rujukan dari Arab.

Jelaskan bukti kedatangan Islam dari China.
F1 Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia
F2 dan oleh S.Q Fatimi
F3 Emanuel Gadinho Eredia memberi alasan bahawa Khan Fo/
Canton/Guang Zhou telah menjadi pusat perniagaan terkenal
di kalangan peniaga Arab sejak abad ke-9M.
F4 Jalinan hubungan antara peniaga membolehkan Islam
berkembang di kalangan peniaga China di negara China.
F5 Peniaga China yang berdagang di Asia Tenggara telah
menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
F6 S.Q Fatimi memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan
beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton/Amoy
ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876M.
F7 Penemuan Batu Bersurat di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang,
Terengganu.
F8 Batu nisan yang mempunyai tulisan ayat al-Quran dan kalimah
Arab telah ditemui di Kg Permatang Pasir, Pekan, Pahang.
F9 Penemuan ini menunjukkan bahawa Islam sampai ke kawasan
Pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke-13.
F10Pandangan ini berasaskan dakwaan bahawa Islam dibawa oleh
Mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke Phang
Rang di Indo China dan ke Pekan, Pahang.

Pada pendapat anda, apakah keistimewaan ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menerimanya?
F1 Konsep Tuhan Yang Maha Esa/Tauhid
F2 Keadilan dalam Islam
F3 Menekankan hak individu/masyarakat
F4 Kehidupan yang harmoni
F5 Menyanjung akhlak mulia
F6 Konsep persamaan taraf
F7 Konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat.
F8 Islam menuntut manusia berfikir secara rasional
F9 Mementingkan kejujuran
F10 Kesederhanaan
F11 Mudah difahami
F12 Mana-mana jawapan munasabah


Apakah faktor penghijrahan imigran China dan India ke Tanah Melayu?
F1 Galakan kerajaan British.
F2 Tidak ditentang oleh orang Melayu.
F3 Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India.
F4 Kemakmuran ekonomi Tanah Melayu.
F5 Kestabilan politik di Tanah Melayu.
F6 Banyak peluang pekerjaan di Tanah Melayu.
F7 Kekurangan tenaga buruh tempatan.
F8 Masalah sosial/bencana alam di negara asal.
F9 Ketidakstabilan politik di negara asal.


[Mana-mana 4 X1m]


Terangkan cara-cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
F1 Sistem Tiket Kredit
H1a Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China.
H1b Kheh tau (ketua) mengumpulkan bakal imigran (sin kheh)
sebelum dibawa ke pelabuhan.
H1c Kheh Tau dibayar bagi setiap imigran China yang dibawa.
H1d Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal/
agensi buruh.
H1e Mereka menerima bayaran daripada bakal majikan.
H1f Mereka perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.
H1g Sin kheh perlu bekerja dengan majikan dalam satu tempoh
tertentu untuk menjelaskan hutang.
H1h Sin kheh dibekalkan tiket menunjukkan pelabuhan yang akan
mereka tuju.
H1g Tiket juga menunjukkan keterangan sama ada mereka bebas
Atau berhutang.
H1h Sampai di pelabuhan, sin kheh diambil oleh pemborong
buruh/orang tengah.
H1i Pemborong buruh mendapatkan majikan untuk sin kheh.

F2 Sistem Pengambilan Kakitangan
H2a Majikan menghantar pegawai ke China untuk mencari buruh.
H2b Tambang/perbelanjaan dibiayai oleh majikan.
H2c Pegawai dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh
hingga sampai ke tempat majikan.

F3 Sistem pengambilan Rumah Kongsi
H3a Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China
H3b Pegawai China dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
H3c Pegawai akan membiayai segala perbelanjaan buruh sehingga
mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
H3d Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
H3e Kadar bayaran mengikut yang dipersetujui bagi setiap buruh
yang dibawa.

F4 Kemasukan Secara Berkumpulan/Foochow
H4a Persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles
Brooke.
H4b Lebih kurang 570 orang imigran Foochow dibawa masuk
ke Sarawak antara Janauri hingga Mac 1901.
H4c Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah/
sektor pertanian gambir dan lada hitam.


[Mana-mana 10 x 1m]


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kemasukan buruh asing ke atas Tanah Melayu.
F1 Pembentukan masyarakat majmuk.
F2 Menyukarkan proses perpaduan kaum.
F3 Peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas.
F4 Membantu meningkatkan daya pengeluaran negara.
F5 Peningkatan kadar jenayah.
F6 Meningkatnya gejala sosial.
F7 Pengaliran wang tunai ke luar negara.
F8 Ekonomi dikuasai oleh orang asing.
F9 Menggugat kestabilan politik.
F10 Mana-mana jawapan munasabah

[Mana-mana 6 X 1m]


Nyatakan perubahan di Thailand kesan pengenalan birokrasi Barat.
F1 Birokrasi Barat diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut
dan Raja Chulalongkorn.
F2 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat untuk
mengetuai pelbagai jabatan.
F3 Melatih pegawai tempatan.
F4 Penasihat Kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain.
F5 Ketenteraan dari Perancis.
F7 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat
Rendah.
F8 Majlis Mesyuarat tertinggi sebagai badan penasihat raja
dalam pentadbiran.
F9 Kabinet Menteri terdiri daripada golongan bangsawan
berpendidikan Barat mengetuai kementerian.
F10 Juruaudit Britain berkhidmat dalam perbendeharaan negara.
F11 Muncul golongan baharu, iaitu pentadbir dalam birokrasi
moden berdasarkan tahap pendidikan.
F12 Sistem raja berperlembagaan Barat diperkenalkan
menggantikan sistem Raja berkuasa mutlak.
F13 Perubahan mengurangkan pengaruh pembesar
dan institusi raja.
F14 Pemodenan pentadbiran mengekalkan kemerdekaan Thailand.


[Mana-mana 6 X 1m]

(i) Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme tahap
pertama di Thailand.
F1 Berbeza daripada negara Asia Tenggara lain yang
bersifat antipenjajah.
F2 Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan
politik kerabat diraja.
F3 Rakyat menentang sistem raja berkuasa mutlak.
F4 Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal.
F5 Sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
kepada golongan intelek Thailand.
F6 Kelemahan sistem pentadbiran
F7 Penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong
dan Field Marshall Phibul Songram.
F8 Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
[Mana-mana 5 x 1m]
(ii) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand.
F1 Tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi kapitalis
Barat/orang China.
F2 Perdana Menteri Phibul Songram meluluskan undang-undang
F3 Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina.
F4 Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.
F5 Penduduk peribumi digalakkan terlibat dalam ekonomi.
F6 Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut
agama Budha.
F7 Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand.
F8 Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
F9 Berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina
dan Tanah Melayu.
[Mana-mana 5 X 1m]

Memelihara kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat. Apakah yang patut anda lakukan untuk mengekalkan kedaulatan negara?
F1 Mengukuhkan sistem pentadbiran negara.
F2 Setia kepada pemimpin dan negara
F3 Memajukan ekonomi negara
F4 Memilih pemimpin yang berwibawa/berkaliber
F5 Menjadikan Rukun Negara sebagai panduan
F6 Sanggup berkorban untuk negara
F7 Merealisasikan Wawasan 2020
F8 Mempertahan/mengukuhkan sistem perundangan negara.
F9 Mempertahankan negara daripada dicerobohi.
F10 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain.
F11 Mana-mana jawapan munasabah.


Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?

F1 Dipilih daripada kalangan sembilan orang Sultan
daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.

F2 Pemilihan YDPA dibuat mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia.

F3 Pemilihan dilakukan secara sulit dalam Mesyuarat
Raja raja Melayu.

F4 Kaedah pemilihan seperti ini bertujuan memberikan peluang
kepada setiap Raja Melayu yang berkelayakan memegang
jawatan YDPA.

F5 Setiap Raja atau Sultan layak dipilih menjadi YDPA
kecuali tidak cukup umur/tidak mahu dipilih/
Majlis Raja-raja Melayu memikirkan baginda tidak
sesuai kerana sebab-sebab tertentu.

F6 YDPA memegang jawatan selama lima tahun
F7 YDPA boleh meletakkan jawatan sebelum tamat
tempoh perkhidmatan.
F8 Boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-raja
Melayu
[Mana-mana 5 x 1m]

Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia.
F1 Ketua negara
F2 Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Perundangan/
Legislatif, Pelaksana/Eksekutif dan Kehakiman/Judisiari.
F3 Mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
F4 Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
F5 Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan
oleh Mahkamah Tentera.
F6 Bertanggungjawab menjaga / memelihara kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu.
F7 Boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan
mesyuarat.
F8 Menjaga/membincangkan keistimewaan/kedudukan/
kehormatan/kemuliaan Raja-raja Melayu.
F9 Ketua agama Islam Bagi negeri baginda sendiri.
F10 Ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
F11 Mempunyai budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
F12 Mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah
Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat PM.
F13 Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah
’Undang-undang X’ jika keselamatan negara terancam.
F14 Melantik Pengerusi dan tiga orang Suruhanjaya Pilihanraya.
F15 Melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman.
F16 Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
F17 Melantik Peguam Negara
F18 Melantik Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
F19 Mempunyai kuasa tertinggi mentauliahkan duta negara kita.
F20 Melantik ahli Dewan Negara/Senator
F21 Memperkenalkan rang undang-undang
[Mana-mana 10 x 1m]

Pada pendapat anda, mengapakah institusi Yang di-Pertuan Agong dianggap sebagai tonggak keagungan kerajaan Malaysia?
F1 Memantapkan kewibawaan institusi beraja
F2 Memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat
F3 Simbol / identiti negara
F4 Ketua negara
F5 Simbol keutuhan kerajaan Melayu
F6 Simbol perpaduan
F7 Mana-mana jawapan yang munasabah
[Mana-mana 4 X1m]

Apakah faedah yang Malaysia perolehi apabila menganggotai Pertubuhan Komanwel?
F1 Manfaat daripada Rancangan Colombo.
F2 Mendapat bantuan teknikal.
F3 Biasiswa dalam pendidikan
F4 Cukai eksport rendah ke negara Komanwel
F5 Menjadi tuan rumah Persidangan Mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) 1989.
F6 Mesyuarat CHOGM membincangkan kepentingan bersama
F7 Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi
F8 Dapat mengatasi masalah pencemaran
F9 Bersuara menentang Dasar Apartied.
F10 Memperoleh kerjasama pertahanan.
F11 Menyekat keganasan Parti Komunis Malaya.
F12 Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia, New Zealand.
F14 Mandapat bantuan tentera komanwel apabila diserang.
F15 Menganjurkan Sukan Komanwel tahun 1998.
[Mana-mana 8 x 1m]

Jelaskan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.

F1 Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung pertama.
F2 Perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
F3 Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula
tanahair.
F4 Menjadi tuan rumah Persidangan OIC tahun 1974/2003.
F5 Menganjurkan persidangan menentang pengganas 2002.
F6 Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC
untuk belajar di UIA.
F7 Menubuhkan UIAM dengan bantuan OIC.
F8 Mengesyorkan penggunaan mata wang dinar untuk urusan
Perdagangan/kegiatan ekonomi.
F9 Mendapat faedah daripada bank pembangunan Islam bagi
Melaksanakan projek pembangunan.
F10 Mendapat penghormatan daripada negara anggota.
F11 Serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam.
F12 Membantu negara Islam lain yang menghadapi masalah.
F13 Menghantar pasukan perubatan ke Lubnan/Bosnia/
Afghanistan.
F14 Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam
yang kurang maju seperti Sudan/Nigeria/Chad.

[Mana-mana 8 X 1m]

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara yang lain.
F1 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2 Saling membantu apabila diserang musuh/diceroboh
F3 Sering mengadakan pertemuan/mesyuarat
F4 Kerjasama dalam ekonomi.
F5 Kerjasama dalam bidang pertahanan.
F6 Kerjasama politik.
F7 Bertindak satu suara.
F8 Kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
F9 Pertukaran teknologi
F10 Menghormati kedaulatan negara lain.
F11 Mengadakan hubungan dua hala.
F12 Pertukaran budaya
F13 Mana-mana jawapan munasabah.

[Mana-mana 4 X 1m]

No comments:

Post a Comment